Sunday 26 May 2013

Bangkit daripada kegagalan untuk meraih kejayaan ~ FaizalRies

Perkara di luar jangkaan sering berlaku dalam kehidupan dan mengganggu perancangan hidup kita. Apa yang penting adalah aku harus teruskan melangkah, terus berusaha dengan itu ia akan membuatkan keadaan kegagalan ini menjadi lebih baik. Dari sini aku dapat melihat apa sebenarnya yang aku perlu lakukan dalam meniti kehidupan.

Cermin diri, aku lihat kelebihan diri dan faham kekurangan yang ada untuk diatasi. Fokus kepada apa yang aku sedang hadapi dan apa yang boleh aku lakukan untuk mencapai kejayaan. Terima kelemahan dan kekuatan diri, buat timbangan semua tentang pilihan yang aku lakukan.
"Success is not final, failure is not fatal: it is the courage to continue that counts"
Setiap kejayaan sentiasa bermula daripada kegagalan. Apa yang pasti, seseorang yang berjaya tidak melihat kejayaan daripada kejayaan sebelumnya, tetapi melihat kejayaan daripada kegagalan, dan bagaimana kembali bangkit daripada kegagalan yang dihadapi.

Sentiasa mengingatkan diri, kejayaan bermula apabila diri kembali bangkit daripada kegagalan dan berusaha untuk berjaya.

"Yang penting dalam hidup adalah bukan seberapa keras anda jatuh, tapi seberapa kuat tekad anda untuk bangkit, belajar dan terus bergerak maju. ~ FaizalRies"

Fikir Positif Untuk Raih Kejayaan 

Anda memerlukan pemikiran berjaya kalau mahukan kejayaan. Jika yang terpapar dalam pemikiran adalah kegagalan, maka kegagalanlah yang anda akan perolehi .

Di antara kejayaan dan kegagalan, yang manakah menjadi pilihan anda? Semua orang mahukan kejayaan dalam hidup sama ada dari segi kedudukan mahupun kebendaan. Namun, apa yang melucukan ialah ramai orang begitu yakin bahawa diri mereka amat berharga dan layak memperoleh kejayaan. Lucu kerana pada hakikatnya mereka tidak sedemikian.

Mereka mahu mencapai kejayaan sedangkan keliru dan hampa bahawa kejayaan sebenar yang ingin dikecapi masih jauh serta berliku jalannya. Ramai yang sekadar bercita-cita mahu berjaya, sedangkan usaha ke arah itu tidak dilakukan.

Dalam kehidupan ini, memang ada beberapa perbezaan untuk meraih kejayaan. Jika yang terpapar dalam pemikiran adalah ‘kegagalan’, maka kegagalan yang akan diperoleh. Andainya dalam pemikiran terpahat ‘kejayaan’, maka kejayaan yang akan diraih.

Tidak syak lagi jika selama ini pemikiran anda memegang ‘kegagalan’, maka segala usaha anda
juga akan berakhir dengan kegagalan. Dengan demikian, anda memerlukan pemikiran ‘kejayaan’ jika mahu berjaya. Anda mesti berfikir secara juara jika ingin menjadi juara. Anda perlu mempunyai kepercayaan yang kuat untuk mencapai impian dunia.

"A successful man is one who can lay a firm foundation with the bricks others  have thrown at him"
Oleh itu, aku perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk belajar daripada orang yang berjaya sebelum aku. Tidak cukup semata-mata belajar daripada kesilapan sendiri saja. Dengan cara ini, perkembangan bagi ku akan lebih lancar dan mudah.

"Try not to become a man of success, but rather try to become a man of value.~  FaizalRies"

No comments: