Babang mungkin bukan seorang suami yang sempurna kerana kadang kadang bbg melukakan hati yyg dan membuat yyg menangis tetapi bbg cuba menjadi suami yg terbaik untuk yyg dan "abah" kepada anak anak kita.......bbg terlalu menyayangi yyg......
HAPPY BIRTHDAY YAYANG - terima kasih kerana menerima bbg seadanya......
Disaat nyala lilin kecil membias di wajahmu.
Kuucapkan bait doa demi bahagiamu.
Di hari istimewa ulang tahunmu,
Kuucap janji kan selalu terus menjaga hatimu.
Waktu terus berjalan Iringi malam dan siang,
Mengiringi bertambah usiamu,
Selamat ulang tahun istriku tercinta.
Berharap dapat memberi yang lebih tuk kuberikan untukmu
Selamat ulang tahun sayang
SELAMAT HARIJADI BUAT ISTERI TERSAYANG
Yyg menjadi pelengkap terhadap kekurangan bbg dalam banyak keadaan. Benarlah kata-kata yang berbunyi "rumah dibina dari batu dan bata tetapi rumah tangga dibina dari 2 hati yang menjadi satu".Yyg menjadi kebanggaan bbg dengan anak-anak. Walaupun mungkin bbg tidak sempurna tetapi yang pasti bbg mencintaimu dan mengasihimu dengan sepenuh hati.
Sebenarnya tiada seorangpun manusia di alam iniyang benar-benar sempurna, juga tidak ada seorangpun yang tiada cacat celanya, tetapi itu bukan alasan untuk berhenti memahami, mengasihi dan mencintai yyg.
Itulah sebabnya bbg berani menyatakan; isteriku, saya mencintaimu dan mengasihimu. Sungguh kasih itu menutupi banyak kelemahan. Ikatan cinta sebagai suami isteri telah dimeteraikan semasa ikrar perkahwinan kita, "walaupun dalam keadaan susah dan senang, kaya atau miskin serta sakit dan sihat bbg akan tetap bersamamu kerana kita sudah menjadi satu darah dan satu daging".
Jika ada kekurangan, Tuhanlah yang akan mencukupinya.
Sekali lagi, selamat harijadi. Tuhan memberkati dan mengasihimu serta memagari dan menyelimutimu dengan kasihNya yang begitu besar. Selamat harijadi..YAYANG..
"Mahukah aku beritahukan kepada kalian, isteri-isteri kamu yang menjadi penghuni syurga ialah isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suaminya. Di mana jika suaminya marah, dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata: "Aku tak dapat tidur sebelum engkau reda". (riwayat al-Nasai dalamIsyratun Nisa no. 257.)
~RiesFaizal - 19 April 2014~ |
No comments:
Post a Comment