Sunday 26 May 2013

Bangkit daripada kegagalan untuk meraih kejayaan ~ FaizalRies

Perkara di luar jangkaan sering berlaku dalam kehidupan dan mengganggu perancangan hidup kita. Apa yang penting adalah aku harus teruskan melangkah, terus berusaha dengan itu ia akan membuatkan keadaan kegagalan ini menjadi lebih baik. Dari sini aku dapat melihat apa sebenarnya yang aku perlu lakukan dalam meniti kehidupan.

Cermin diri, aku lihat kelebihan diri dan faham kekurangan yang ada untuk diatasi. Fokus kepada apa yang aku sedang hadapi dan apa yang boleh aku lakukan untuk mencapai kejayaan. Terima kelemahan dan kekuatan diri, buat timbangan semua tentang pilihan yang aku lakukan.
"Success is not final, failure is not fatal: it is the courage to continue that counts"
Setiap kejayaan sentiasa bermula daripada kegagalan. Apa yang pasti, seseorang yang berjaya tidak melihat kejayaan daripada kejayaan sebelumnya, tetapi melihat kejayaan daripada kegagalan, dan bagaimana kembali bangkit daripada kegagalan yang dihadapi.

Sentiasa mengingatkan diri, kejayaan bermula apabila diri kembali bangkit daripada kegagalan dan berusaha untuk berjaya.

"Yang penting dalam hidup adalah bukan seberapa keras anda jatuh, tapi seberapa kuat tekad anda untuk bangkit, belajar dan terus bergerak maju. ~ FaizalRies"

Fikir Positif Untuk Raih Kejayaan 

Anda memerlukan pemikiran berjaya kalau mahukan kejayaan. Jika yang terpapar dalam pemikiran adalah kegagalan, maka kegagalanlah yang anda akan perolehi .

Di antara kejayaan dan kegagalan, yang manakah menjadi pilihan anda? Semua orang mahukan kejayaan dalam hidup sama ada dari segi kedudukan mahupun kebendaan. Namun, apa yang melucukan ialah ramai orang begitu yakin bahawa diri mereka amat berharga dan layak memperoleh kejayaan. Lucu kerana pada hakikatnya mereka tidak sedemikian.

Mereka mahu mencapai kejayaan sedangkan keliru dan hampa bahawa kejayaan sebenar yang ingin dikecapi masih jauh serta berliku jalannya. Ramai yang sekadar bercita-cita mahu berjaya, sedangkan usaha ke arah itu tidak dilakukan.

Dalam kehidupan ini, memang ada beberapa perbezaan untuk meraih kejayaan. Jika yang terpapar dalam pemikiran adalah ‘kegagalan’, maka kegagalan yang akan diperoleh. Andainya dalam pemikiran terpahat ‘kejayaan’, maka kejayaan yang akan diraih.

Tidak syak lagi jika selama ini pemikiran anda memegang ‘kegagalan’, maka segala usaha anda
juga akan berakhir dengan kegagalan. Dengan demikian, anda memerlukan pemikiran ‘kejayaan’ jika mahu berjaya. Anda mesti berfikir secara juara jika ingin menjadi juara. Anda perlu mempunyai kepercayaan yang kuat untuk mencapai impian dunia.

"A successful man is one who can lay a firm foundation with the bricks others  have thrown at him"
Oleh itu, aku perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk belajar daripada orang yang berjaya sebelum aku. Tidak cukup semata-mata belajar daripada kesilapan sendiri saja. Dengan cara ini, perkembangan bagi ku akan lebih lancar dan mudah.

"Try not to become a man of success, but rather try to become a man of value.~  FaizalRies"

Saturday 11 May 2013

Kasih Sayang seorang IBU ~ FaizalRies


Ibu adalah sesorang yang sangat bererti untuk kita, kerena berkat beliau kita ada di dunia ini, semangat beliau dalam merawat kita sangatlah besar, sejak dikandungan beliau selalu menjaga kita, ketika dilahirkan susah payah mempertaruhkan nyawa sekali pun beliau lakukan demi kita, merawat kita dari kecil sampai sekarang ini, tentunya ini bukan pekerjaan yang mudah !

Kasih sayang beliau tak akan tergantikan, lantas apakah kalian sudah membalasnya? Membahagiakan ibu kita ? Apakah kita pernah mengecewakan ibu kita ? Jawab pertanyaan tersebut dalam hati. renungkanlah bahagiakanlah selagi beliau masih hidup.

" Mereka adalah segalanya bagi kami ~ Faizal Ries"

Tidak ada sutera yang begitu lembut seperti belaian seorang ibu,
Tidak ada tempat yang paling nyaman selain pangkuan seorang ibu,
Tak ada bunga yang lebih cantik selain senyummu,
Tak ada jalan yang begitu berbunga-bunga seperti yang dicetak dengan langkah kakimu.
Kau adalah alasan kenapa aku ada.

"Hanya ALLAH yg MAHA MENGETAHUI sayangku padamu IBU ~ FaizalRies"

Ibu kau telah melihat aku tertawa
Kau juga pernah melihat aku menangis
Dan kau selalu ada di sana bersamaku
Aku mungkin tidak selalu mengatakan hal ini
Tapi terima kasih untuk segalanya dan aku mencintaimu

"Pergorbanan yang tiada tandigannya ~ RiesFaizal"

Ibu adalah sesosok wanita yang hadir dalam kehidupan kita, sesosok Ibu ini yang merawat kita dari kandungan, lahir, dan hingga kita tumbuh berkembang sampai saat ini, tentunya jasa-jasa Ibu tidak dapat diperhitungkan, maka dari itu mulailah dari sekarang renungkan apakah kita sudah membalasa jasa-jasa Ibu yang tak ternilai itu ? apa kita membalasnya dengan kekecewaan karna perbuatan buruk kita ? semua itu tergantung dengan anda masing-masing, tetaplah hormati dan berbaktilah kepada Ibumu,

Ada pepatah, "Kasih ibu sepanjang jalan, kasih anak sepanjang penggalah". Betapa seorang ibu menyayangi anaknya, tanpa syarat, tanpa alasan. Seberapapun memikirkan betapa sayangnya seorang anak kepada ibunya, tidak akan membandingi kasih ibu kepadanya.Semakin dewasa semakin ibu akan merindukan anaknya. Tangan mungil yang selalju menggenggam jemari hangatnya seolah tak mau lepas, tangisan yang setiap malam membangunkan lelapnya, tangan dan kaki yang hampir setiap hari berdarah sepulang bermain, baju kotor berlumpur yang disembunyikan di tumpukan cucian. Setelah dewasa, tak jarang kita mengabaikan panggilan telepon ibu, entah sibuk belajar, kerja atau sibuk bermain bersama teman.




Selayaknya sebagai seorang anak berusaha membalas kasih ibu, takkan setimpal takkan setara.  Berusahalah selalu membuat ibu tersenyum, jangan berpikir untuk membalas cintanya, karena cinta ibu tak terbalas. Berbaiklah kepada ibu selagi Tuhan masih memberi kesempatan untuk itu. "Bu, aku baik-baik saja", bahkan sekedar bercerita tentang apa saja ibu pasti senang mendengarnya. Pada kesalahan yang kita buatpun bahkan sebelum kita memintanya, ibu dengan tulus memaafkan. Ibu tak mengenal kata maaf ataupun terimakasih, ibu hanya ingin anaknya tersenyum, bahagia, baik-baik saja.

"Robbighfirlii waliwaalidayya, warhamhumaa kamaa robbayanii soghirooo" hanya Tuhan yang bisa membalas cintanya.




"Mencintaimu adalah perbuatan yang tak pernah ku sesali ~ FaizalRies"

Friday 10 May 2013

FROZEN CURRY PUFF ~ FR's Frozen Sdn Bhd


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Terima kasih kerana sudi melawat laman blog kami, Kami baru berkesempatan untuk update blog ini kerana kami terlalu sibuk dengan bisnes karipap frozen dan karipap goreng.

Bermula pada bulan MAY 2013, kami telah menjual karipap goreng dan karipap frozen di Restoran Restoran sekitar KLANG. Penjualan semakin meningkat dari hari ke hari dan amatlah memberangsangkan ini termasuk tempahan katering, surau, masjid dan lain-lain.
FR's Frozen Curry Puff

Kebanyakan pelanggan yang membeli adalah pelanggan tetap kami, dan kami amat-amat teruja di atas sokongan dan pujian palanggan terhadap keenakan rasa karipap keluaran kami.

Berikut adalah proses FR's Frozen Curry Puff

Curry Puff Pastry:

Inti Curry Puff :

Uncook Curry Puff:

FR's Frozen Curry Puff - ready for sales
10 pieces per pack
Tempahan Majlis Majlis

Harga FR's Curry Puff - Anda boleh jual harga 40sen ~ 50sen sebiji.

Inti Kentang
1.  Minimum order 200 biji harga ~ 35sen sebiji

Inti Sardin, Ayam & Daging 
1.  Minimum order 200 biji harga ~ 40sen sebiji.

Kos Penghantaran:

Area Shah Alam ~ RM 10
Area Petaling Jaya ~ RM12
Area Kuala Lumpur ~ RM15

Untuk keterangan lanjut sila hubungi/ sms:

En Faizal / Pn Ries

Tel No:   03 3381 4750
HP No:   019 3755 579 / 019 3755 728

email: faizal_ries@yahoo.com.my
http://faizalries.blogspot.com/










Wednesday 24 April 2013

My BROTHER and SISTERS - (Seven Heaven)


Adik-beradik kita sebenarnya merupakan satu anugerah yang tidak terhingga. Bukan semua orang di atas dunia ini dapat memiliki adik-beradik. Namun, saban hari kita terdengar dan terlihat di dada akhbar kes-kes pergaduhan antara ahli keluarga, malahan ada yang sampai ke tahap memutuskan hubungan silaturrahim antara adik-beradik.

Jelas, semakin hari tindakan manusia bukan lagi didorong oleh syariat dan kasih sayang. Ada kala tindakan kita bertentangan dengan hukum Allah seperti dalam firmanNya yang bermaksud:


"Maka apakah ada kemungkinan jika kamu berkuasa, kamu akan membuat kerosakan di bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? Mereka itulah orang yang dilaknati Allah dan ditulikan mereka dan dibutakan penglihatan mereka."
(Surah Muhammad, ayat 22-23)

My Brother & Sisters - Once Upon a Time
Usah kita lupa bahawa nikmat memiliki adik-beradik ini tidak lain hanyalah pinjaman sementara daripada Allah SWT untuk seseorang hambanya. 

"Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah..."
(Surah al-Baqarah, ayat 284)


Adik-beradik juga menjadi tempat bergantung antara satu sama lain setelah ketiadaan orang tua. Selalunya abang-abang dan kakak-kakak atau yang lebih tua akan mengambil alih tugas menjaga adik-adiknya setelah ketiadaan orang tua. Apabila matinya seorang ayah bagi seorang anak perempuan, maka adik-beradik lelakinya akan menggalas tugas sebagai wali.

Perlu dititikberatkan dalam menjaga hubungan antara adik-beradik ini ialah sifat kasih sayang dan rasa hormat antara satu sama lain. Sebagai contoh, adik-adik perlu menghormati kedudukan abang dan kakaknya selagi tindak tanduk mereka tidak bertentangan dengan syariat Allah. Bahkan, wajib bagi seorang anak itu menjaga hati abang dan kakaknya dengan tutur kata yang baik dan juga dari segi perbuatannya. Setiap perbuatan yang mungkin menguris hati saudara kita akan menjadi titik permulaan sesuatu perbalahan justeru membawa kepada pepecahan.

Dan antara perkara penting dalam menghargai kurniaan Allah ini kepada kita ialah menjaga adab sesama adik-beradik. Andai kata ada perkara salah dan silap dilakukan oleh adik-beradik kita, maka tegurlah dengan cara yang berhikmah kerana dengan itu pihak yang ditegur akan merasa lebih selesa untuk menerima teguran, bahkan marasakan diri mereka lebih dihargai.

Seven Heaven
Sentiasalah kita memohon perlindungan daripada Allah daripada ancaman dan rancangan jahat syaitan yang seringkali cuba memecahbelahkan hubungan kekeluargaan yang sukar dibina oleh ibubapa kita. Wujudnya adik-beradik ini bukan sekadar menunjukkan kekuasaan Allah yang memberikan rahmat kepada kita, tetapi ia adalah tanda hasil usaha penat lelah kedua ibu bapa kita yang melahirkan serta bekerja keras untuk membesarkan kita semua.


Percayalah, keberkatan yang dikurniakan Allah memalui hubungan silaturrahim akan membawa kepada terbukannya pintu-pintu rezeki.

''Barangsiapa yang ingin dimudahkan rezeki dan dipanjangkan usianya, hendaklah ia sentiasa menjaga silaturahim.'' (Hadis Riwayat Muslim)

Memang sukar bagi mereka yang hidup dalam keluarga yang ramai adik-beradik untuk menjaga keharmonian dalam keluarga, namun peranan menjaga hubungan antara adik-beradik ini adalah perlu untuk memastikan hubungan silaturrahim sentiasa berada dalam keadaan kukuh.

Walau apapun yang berlaku, jangan dilupa pepatah yang mengatakan hubungan adik-beradik ini umpama "air yang dicincang, tidak akan putus". Hargailah mereka kerana mereka juga darah daging kita sendiri.


"Its who we are that matters"


Thursday 18 April 2013

Ries Fathilah Abdullah - 31 Tahun

Yayang.... hari ini merupakan hari yyg dilahirkan kedunia yang penuh dugaan dan cabaran. tetapi pada hari dan waktu ini Bbg bersyukur kehadrat ILAHI kerana yyg dilahirkan dengan perwatakan wanita yg indah serta memiliki hati yang muia. Dan bbg amat bertuah kerana yyg adalah milik bbg selamanya......bbg amat menyintai dan menyayangi yyg sehingga akhirhayat.....

Babang mungkin bukan seorang suami yang sempurna kerana kadang kadang  bbg melukakan hati yyg dan membuat yyg menangis tetapi bbg cuba menjadi suami yg terbaik untuk yyg dan "abah" kepada anak anak kita.......bbg terlalu menyayangi yyg......

HAPPY BIRTHDAY YAYANG - terima kasih kerana menerima bbg seadanya......




Disaat nyala lilin kecil membias di wajahmu.
Kuucapkan bait doa demi bahagiamu.
Di hari istimewa ulang tahunmu, 
Kuucap janji kan selalu terus menjaga hatimu. 

Waktu terus berjalan Iringi malam dan siang, 
Mengiringi bertambah usiamu, 
Selamat ulang tahun istriku tercinta. 
Berharap dapat memberi yang lebih tuk kuberikan untukmu
Selamat ulang tahun sayang 

SELAMAT HARIJADI BUAT ISTERI TERSAYANG

Isteriku,selamat menyambut harijadimu yang ke- 31 tahun pada 19hb April 2013 ini. Sebagai seorang suami bbg bangga kerana kita telah berjaya mengemudikan rumah tangga kita selama ini. Yyg telah berjaya mengharungi semuanya malah berjaya menjadi pendamping dan penolong bbg serta mama kepada anak-anak yang manis.

Yyg menjadi pelengkap terhadap kekurangan bbg dalam banyak keadaan. Benarlah kata-kata yang berbunyi "rumah dibina dari batu dan bata tetapi rumah tangga dibina dari 2 hati yang menjadi satu".Yyg menjadi kebanggaan bbg dengan anak-anak. Walaupun mungkin bbg tidak sempurna tetapi yang pasti bbg mencintaimu dan mengasihimu dengan sepenuh hati.

Sebenarnya tiada seorangpun manusia di alam iniyang benar-benar sempurna, juga tidak ada seorangpun yang tiada cacat celanya, tetapi itu bukan alasan untuk berhenti memahami, mengasihi dan mencintai yyg.
Itulah sebabnya bbg berani menyatakan; isteriku, saya mencintaimu dan mengasihimu. Sungguh kasih itu menutupi banyak kelemahan. Ikatan cinta sebagai suami isteri telah dimeteraikan semasa ikrar perkahwinan kita, "walaupun dalam keadaan susah dan senang, kaya atau miskin serta sakit dan sihat bbg akan tetap bersamamu kerana kita sudah menjadi satu darah dan satu daging"

Jika ada kekurangan, Tuhanlah yang akan mencukupinya.
Sekali lagi, selamat harijadi. Tuhan memberkati dan mengasihimu serta memagari dan menyelimutimu dengan kasihNya yang begitu besar. Selamat harijadi..YAYANG..


"Mahukah aku beritahukan kepada kalian, isteri-isteri kamu yang menjadi penghuni syurga ialah isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suaminya. Di mana jika suaminya marah, dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata: "Aku tak dapat tidur sebelum engkau reda". (riwayat al-Nasai dalamIsyratun Nisa no. 257.)

~RiesFaizal - 19 April 2014~



Sunday 14 April 2013

Wanita Solehah: Keindahannya Dalam Islam


DIBUKA bicara mukaddimah tajuk ini dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Hai nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah halalkan bagimu, kamu mencari kesenangan hati isteri-isterimu? dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". Sesungguhnya Allah telah mewajibkan kepadamu sekalian membebaskan diri dari sumpahmu dan Allah adalah Pelindungmu dan dia Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan ingatlah ketika nabi membicarakan secara rahasia kepada salah seorang isterinya (Hafsah) suatu peristiwa. Maka tatkala (Hafsah) menceritakan peristiwa itu (kepada Aisyah) dan Allah memberitahukan hal itu (pembicaraan Hafsah dan Aisyah) kepada Muhammad lalu Muhammad memberitahukan sebagian (yang diberitakan Allah kepadanya) dan menyembunyikan sebagian yang lain (kepada Hafsah). Maka tatkala (Muhammad) memberitahukan pembicaraan (antara Hafsah dan Aisyah) lalu (Hafsah) bertanya: Siapakah yang telah memberitahukan hal ini kepadamu? Nabi menjawab: Telah diberitahukan kepadaku oleh Allah yang Maha mengetahui lagi Maha Mengenal. Jika kamu berdua bertaubat kepada Allah, maka sesungguhnya hati kamu berdua telah condong (untuk menerima kebaikan) dan jika kamu berdua bantu-membantu menyusahkan nabi, maka sesungguhnya Allah adalah Pelindungnya dan (begitu pula) Jibril dan orang-orang mukmin yang baik, dan selain dari itu malaikat-malaikat adalah penolongnya pula. Jika nabi menceraikan kamu, boleh jadi Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri yang lebih baik daripada kamu, yang patuh, yang beriman, yang taat, yang bertaubat, yang mengerjakan ibadat, yang berpuasa, yang janda dan yang perawan.”

Kesimpulan: Wahai isteri-isteri nabi! Jauhilah olehmu daripada menyakiti Rasulullah s.a.w dan berkomplot untuk menentang dan berbuat buruk terhadap Baginda. Ini kerana perbuatan ini boleh membangkitkan dadanya, sehingga ia akan menceraikan kamu semua dan Allah akan memberikan pengganti untuknya yang lebih baik daripada kamu dalam perkara agama, amalan soleh, ketakwaan dan mengatur urusan rumahtangga. Dia memberikan kepadanya sesetengah daripada isteri-isterinya itu yang masih lagi perawan dan sesetengahnya yang janda.


Tidak ada sesuatu yang lebih berat bagi seorang wanita selain daripada talaq (perceraian), terutama bila isteri penggantinya lebih baik dari sebelumnya.

Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Anas r.a, yang berkata: Umar berkata, isteri-isteri Nabi s.a.w bersepakat untuk mogok terhadap Baginda. Lalu aku berkata: Mudah-mudahan jika Baginda telah menceraikan kamu, Allah akan memberi ganti untuk Baginda isteri yang lebih baik daripada kamu semua.

Lalu turunlah ayat ini: Sebenarnya keindahan merupakan target utama manusia dan fitrah kepada sesiapa pun sukakan indah dan keindahan. Ini menyebabkan mereka begitu terpesona apabila mendapat apa-apa yang indah seperti barangan, kenderaan, harta benda, lebih-lebih lagi suami dan isteri yang ada nilai kecantikan dan ketampanan.

Ciri-ciri Isteri Solehah:
Banyak ciri yang perlu disemai dalam diri seorang isteri yang solehah, antaranya:

  • Segera menyahut dan hadir apabila dipanggil oleh suami. Rasulullah s.a.w bersabda, yang maksudnya: “Jika seorang lelaki mengajak isterinya ke tempat tidur, lalu isteri itu menolak. Kemudian, suami itu bermalam dalam keadaan marah, maka isterinya itu dilaknat oleh para malaikat sehingga waktu pagi.”
  • Tidak membantah perintah suami selagi tidak bertentangan dengan syariat.
  • Tidak bermasam muka terhadap suami.
  • Sentiasa menuturkan kalimah yang baik-baik.
  • Tidak membebankan suami dengan permintaan di luar kemampuan suami.
  • Keluar rumah hanya dengan izin suami.
  • Berhias hanya untuk suami.
  • Menghargai pengorbanan suami.
  • Tidak membenarkan orang yang tidak diizinkan suami masuk ke dalam rumah.
  • Menerima tunjuk ajar daripada suami.
  • Menghormati mertua serta kaum keluarga suami.
  • Sentiasa berada dalam keadaan kemas dan bersih.
  • Menjadi penenang dan penyeri rumah tangga.

FaizalRies akhiri perbincangan ini dengan memohon doa daripada Allah s.w.t, seperti yang diajar dalam al-Quran yang bermaksud:

 “Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.” (al-Furqan: 74)



MUHAMMAD ARRIEDANNY HAYQAL - 04 TAHUN


14 APRIL 2009 - waktu dan tarikh ini....."ADIK" dianugerahkan kepada Abah & Mama yang mana kehadiran adik membawa sejuta makna pada Abah & seribu harapan pada Mama.....Alhamdulillah 04 tahun sudah berlalu dengan sekilas pandang dan kasihsayang Abah & Mama tak pernah  luntur malah ianya semakin mengunung walaupun pelbagai dugaan, rintangan dan cabaran mendatang.....Abah & Mama akan sentiasa disisi Adik dalam menempuh kehidupan mendatang hari demi hari......
01 Day of HAYQAL


Abah & Mama sentiasa mendoakan yang terbaik buat Adik dalam meniti hari hari yang bakal mendewasakan dan mematangkan pemikiran adik.....


"Remember, my son, if you ever need a helping hand, you'll find one at the end of your arm"
 ABAH & MAMA 



Abah & Mama, Along, Abg Ngah, Abg Chik & Kakak.....
"KAMI SAYANGKAN ADIK....." 


Bismillahirrahmanirrahim.


Ya Allah ya tuhanku.
Kami sangat menyayangi anak anak kami
Setiap waktu kami berdoa supaya Engkau menyanyangi mereka seperti mana kedua ibubapa kami menyayangi kami di masa kecil.
Kami pinta, kurniakanlah pada mereka kesihatan tubuh badan supaya mereka senang mengerjakan ibadat kepadaMU.
Engkau permudahkanlah urusan mereka dalam mencari harta akhirat.
Engkau bukakanlah pintu rezeki seluas-luasnya dan peliharalah mereka dari termakan yang tidak halal. 



Wednesday 3 April 2013

Dulu Air Kotor Kini Ancaman Air Sakit


Sebelum ini ramai yang menceritakan tentang air kotor dan memberi cadangan untuk menggunakan penapis air yang mampu menapis bahan-bahan kotoran dan juga klorin.

Penapis air air biasa mampu menapis bahan-bahan tercemar biologikal seperti bakteria,virus,parasit dan bahan-bahan tercemar lain seperti debu,najis,trihalometana(THM),Kloroform.

Persoalannya adakah penapis air yang anda gunakan dirumah buat masa sekarang mampu atau tidak untuk menapis air sakit yang mengandungi bahan-bahan tercemar seperti Sisa-sisa Ubat Farmaseutikal;hormon,ubat jantung,ubat anti kemurungan; racun perosak,racun rumpai,sisa-sisa perindustrian,[Logam Berat Terlarut]; Plumbum,nitrat,arsenik,asbestos,mangan dan lain-lain



 Salah satu cara untuk selesaikan masalah ini ialah dengan kembalikan air kepada keadaan asalnya seperti air hujan dan salji adalah melalui proses osmosi songsang (RO).

Peneraju Sistem RO terbaik dunia ialah ELKEN BIO PURE yang telah menghasilkan proses penulenan 5 peringkat.

Teknologi penulenan air ELKEN BIO PURE mampu menyingkirkan bahan tercemar sekecil 0.0001mikron dalam ukuran diameter 500,000 kali lebih halus daripada diameter sehelai rambut. Air tulen penting untuk membantu menyahtoksik badan kita.Selain itu air tulen juga membantu mengasingkan platlet darah dan singkirkan tisu-tisu lemak dimana toksin selalu berkumpul.


Sanggupkah anda risikokan kesihatan anda semata-mata untuk mendapatkan mineral yang sedikit dan telah bercampur dengan racun seperti merkuri,karat,ubat-ubatan.Minum air yang tulen dan dapatkan mineral yang 100% organik adalah pilihan yang bijak.

Hubungi Kami untuk dapatkan maklumat lanjut atau tempahan ELKEN BIO PURE;

FAIZAL/RIES ~ 019 3755759/ 019 3755728

Doa Mengukuhkan SUAMI ISTERI


Doa untuk  menjaga kasih sayang suami isteri dan baik dijadikan amalan supaya hubungan sentiasa segar dan manis . Doa ini juga untuk menjaga agar rumah tangga kita selalu terasa manis dalam menghadapi setiap godaan dan cobaan






Surah Thaha ayat 39 bermaksud: 
“Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku.” 


Cara aplikasikannya : 
Setiap kali kita bertemu dengan suami atau isteri, bacalah ayat ini. Untuk dapatkan kesan yg baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah sekadar dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu, agar dikasihi masyarakat, bacalah  ayat ini setiap kali lepas shalat sebanyak 3 kali.

"Sesungguhnya sebaik-baik penolong adalah Allah"


~FAIZALRIES~







Tuesday 2 April 2013

DOA UNTUK PUTERA PUTERIKU


Tuhanku...

Bentuklah puteraku menjadi manusia yang cukup kuat untuk mengetahui kelemahannya.
Dan, berani menghadapi dirinya sendiri saat dalam ketakutan.
Manusia yang bangga dan tabah dalam kekalahan.
Tetap Jujur dan rendah hati dalam kemenangan.

Bentuklah putera dan puteriku menjadi manusia yang berhasrat mewujudkan cita-citanya
dan tidak hanya tenggelam dalam angan-angannya saja.
Putera Puteriku yang sedar bahawa
mengenal Engkau dan diri mereka sendiri adalah landasan segala ilmu pengetahuan.



Tuhanku...

Aku mohon, janganlah pimpin puteraputeriku di jalan yang mudah dan lunak.
Namun, tuntunlah dia di jalan yang penuh hambatan dan godaan, kesulitan dan tantangan.
Biarkan puteraputeriku belajar untuk tetap berdiri di tengah badai dan senantiasa belajar
untuk mengasihi mereka yang tidak berdaya.

Ajarilah dia berhati tulus dan bercita-cita tinggi,
sanggup memimpin dirinya sendiri,
sebelum mempunyai kesempatan untuk memimpin orang lain.
Berikanlah hamba putraputri
yang mengerti makna tawa ceria
tanpa melupakan makna tangis duka.


Tuhanku...
Berilah mereka kerendahan hati...
Agar mereka ingat akan kesederhanaan dan keagungan yang hakiki...
Pada sumber kearifan, kelemahlembutan, dan kekuatan yang sempurna...
Dan, pada akhirnya bila semua itu terwujud,
hamba, ayahnya, dengan berani berkata "HIDUPKU TIDAK SIA SIA"

~~FAIZALRIES~~